Tuesday, April 21, 2009

Bina Insan Guru 2

Assalamualaikum.. bersua kembali setelah lama menyepi kerana sibuk dek tugasan-tugasan menjadi dan mambina diri sebagai insan guru. Sekadar coretan pandangan setelah mengikuti 1 sem diploma pendidikan dan bina insan guru 2 di Pulau Pangkor. Dalam keletihan dan masih dalam kepenatan mengejar ilmu dan kemahiran-kemahiran mendidik pada sem pertama, kini bermula pula sem kedua tanpa ada cuti dan rehat yang panjang. namun begitu semangat yang kuat setelah dipupuk dalam bina insan guru 2 membangkitkan semula semangat yang lemah menjadi tegar, perjalanan yang kabur menjadi sedikit terarah. bukan mudah untuk membina "insan" guru. nilai keinsanan yang ingin dipupuk perlu didasarkan kepada suatu dasar yang hakiki dan suci serta matlamat yang murni. apabila dasar yang kukuh menjadi asas barulah kelak melahirkan jiwa-jiwa guru yang mempunyai nilai insan yang tinggi serta berbudi pekerti, berakhlak mulia, holistik dan versetile. asas yang kuat tersebut itu adalah berpandukan al-Quran dan As-Sunnah. kebenaran wahyu telah menjelaskan erti sebenarseorang guru atau makna-makna seumpamanya seperti mua'llim, mudarris, murabbi dan sebagainya. Al-Quran telah menggariskan dengan jelas ciri-ciri sebenar yang perlu ada pada seorang guru. zaman dan tamadun Islam telah mendatangkan contoh yang terbaik iaitu kaedah dan metod didikan Rasulullah dalam mendidik generasi Rabbani. ramai tokoh-tokoh kegemilangan Islam yang lahir dalam pelbagai bidang seperti Ibn Sina dalam Ilmu Perubatan, Khawarizmi dalam matematik dan sebagainya. mereka bukan sahaja membina tamadun dengan ilmu-ilmu akademik malah juga mampu mengkaji dan mendalami al-Quran dan al-hadis. sesungguhnya kejayaan mereka tersebut adalah didasari oleh keimanan yang teguh terhadap wahyu Ilahi dan Qudwah kekasihNya, nabi Muhammad s.a.w. Generasi yang hebat ini tidak mampu dibina kecuali melalui didikan oleh para gurunya iaitu Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mempunyai nilai insan yang benar-benar ikhlas dalam mendidik anak bangsanya mengenal Tuhan yang menciptakan segala isi langit dan bumi. Rasulullah merupakan pendidik sepanjang zaman. Penerapan Qudwah Hasanah atau contoh tauladan Baginda merupakan metod yang terbaik dan berkesan dalam mendidik anak bangsa.


justeru itu, dalam membina insan seorang guru, aspek kerohanian perlulah dititikberatkan. Hal ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Besepadu (FPK) dimana ilmu itu disepadukan dengan ilmu akal dengan ilmu wahyu. Namun, ilmu Wahyu atau pendidikan kerohanian harus menjadi teras kepada ilmu-ilmu yang lain. pendidikan kerohanian yang mantap baik kepada guru mahupun pelajar mampu melahirkan insan pendidik dan pelajar yang benar mempunyai jati diri yang kuat dan tegar dalam mengharungi cabaran serta peribadi diri yang unggul dan boleh dibangggakan.


Kembali semula kepada pengalaman saya mengikuti BIG 2 baru-baru ini memang menyeronokkan. walaupun tidur di dalam khemah selama beberapa hari, jungle tracking dan aktiviti-aktiviti lasak yang lain bukanlah sesuatu yang baru bagi diri musafir kelana ini, tetapi ada sesuatu yang berbeza dan baru disini saya perolehi. perbezaan dan keistimewaan pada BIG ini sudah cukup hebat dan gah pada nama programnya iaitu "bina Insan Guru". saya melihat cukup besar peranan yang perlu dimainkan dalam BIG ini bermula dari pengarahnya, para fisilitatornya sehinggalah ke unit-unit kecilnya yang lain. ini kerana nama yang gah tidak memberi makna jika isi dan perlaksanaannya tidak sehebat dan segah namanya. takkan mahu hanya sekadar "Indah Khabar dari rupa?". Kata orang "Alang-alang mencelup pekasam biar smpai ke pangkal lengan". Para peserta dalam BIG ini mempunyai matlamat yang sama iaitu sebagai pendidik yang ikhlas bekerja kerana Allah serta guru-guru yang serba boleh dalam batas syariat yang ditetapkan dalam Islam.semua peserta disini mempunyai cit-cita dan keazaman untuk menjadi guru yang cemerlang di dunia dan akhirat. pengalaman peserta dalam abselling dari bukit yang agak tinggi,snorkling di lautan yang sangat indah dengan hidupan di dasar laut, berkayak,night camp, eksplorasi pulau dan sebagainya memang menjadi kenangan manis dalam DPLI. walaupun pada mulanya perasaan takut,gayat dan sebagainya bermain difikiran namun akhirnya para peserta mampu melakukan semua aktiviti dengan baik. berbekalkan semangat, kekuatan, keberaniaan dan keyakinan yang dibina dalam diri setiap peserta inilah diharapkan dapat diaplikasikan dalam kehidupan kami dalam mendidik anak bangsa apabila menjadi guru kelak.

Selain itu, pembinaan aspek jasmani, emosi,rohani,dan intelektual (JERI) perlu menjadi asas dalam setiap aktiviti yang dijalankan.lebih-lebih lagi dalam pembentukan aspek rohani yang menjadi kekuatan dalam diri setiap insan guru. kekuatan fizikal akan lemah jika tidak ada kekuatan dalaman yang kental dan teguh. namun begitu aspek terpenting ini sering dipandang enting dan sekadar terhad kepada peribadahan khusus seperti solat dan tazkirah semata-semata. aspek ini sering diabaikan dalam aktiviti kebudayaan dan keseniaan. kekuatan yang telah dibina dalam aktiviti yang mencabar seakan tidak bermakna apabila ia tidak didasari dengan pembinaan rohani yang didasarkan kepada ilmu wahyu. ini kerana kita mengharapkan perubahan dalam diri setiap individu adalah perubahan yang betul-betul terbina atas kesedaran dan perubahan yang kekal,bukannya perubahan untuk sehari atau seminggu selepas program. tetapi perubahan dan pembentukan jatidiri yang sebenar akan menjadi utuh jika disandarkan kepada kayu ukur yang kukuh dan benar iaitu al-Quran dan al-Hadith. menyebut tentang malam kebudayaan, kita harus ingat dan faham Islam ini agama yang universal dan tidak pernah menghalang kita dari berhibur. tetapi Islam meletakkan garis panduaan dan syarat kepada hiburan dan alat hiburan yang dilaksanakan. Islam membenarkan hiburan yang mendidik jiwa dan mengharamkan hiburan yang melalaikan, serta melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Alangkah indahnya jika hati-hati para guru dihidangkan dengan lagu-lagu yang berbentuk nasihat,mendidik jiwa menjadi tunduk kepada kekuasaaan Allah,hiburan yang mendatangkan ketenangan hakiki kepada hati dan alunan pujian kepada Ilahi yang membawa kepada rasa kehambaandalam diri.Bila perasaan ini dijelmakan dalam hati senubari, kelak kita mampu menjadi guru yang beramanah kepada tugas,jujur dan berperibadi mulia menurut acuan sebenar menurut al-Quran dan as-Sunnah. sebagai peringatan kepada diri musafir kelana dan bakal ustaz/ah terutamanya, kita harus berpegang teguh terhadap ilmu yang kita telah pelajari dalam sijil sarjana muda kita yang baru kita genggam setahun atau beberapa tahun dahulu. Jauh perjalanan dan permusafiran kita mengutip mutiara ilmu dari para guru kita dahulu. oleh itu jangan dipersiakan..manfaatkan dalam kahidupan kita masing-masing dan sampaikan kefahaman kita kepada rakan-rakan guru yang lain dan anak-anak didik kita kelak dengan cara yang paling baik dan berhikmah. Semoga ilmu-ilmu tersebut mendatangkan keberkatan dalam diri kita insyaAllah..

Akhirnya tahniah diucapkan kepada semua para peserta!!kalian berjaya mengharungi cabaran dalam BIG2 dengan baik.semoga pengalaman yang kita perolehi bersama bukan sahaja menjadi kenangan semata. Jadikan setiap pengalaman yang dikutip tersebut sebagai bakalan dan kekuatan apabila bergelar pendidik kelak. Kenalkan anak murid untuk berkata benar pada yang benar dan mengatakan salah pada yang salah.Terima kasih kepada rakan-rakan sekalian yang banyak membantu memberi semangat dan bantuan sepanjang BIG dan jutaan terima kasih kepada para pensyarah. Jasa para pensyarah tidak terhingga banyaknya,mendidik kami tidak mengenal jemu.. kami doakan setiap ilmu yang dicurahkan oleh para pensyarah diberikan ganjaran oleh Allah dan dikira sebagai amalan kebaikan..




No comments:

Post a Comment